fbpx

Princess of Wales hidap kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Catherine yang merupakan isteri Putera William mengumumkan hari ini bahawa beliau mengidap penyakit kanser, lapor saluran berita CNN.

Beliau yang memakai gelaran Princess of Wales, turut mengakui menjalani rawatan awal penyakit itu.

Catherine menyifatkan perkara itu sebagai satu ‘kejutan besar’.

Beliau membuat pengumuman itu dua bulan selepas mengasingkan diri daripada umum selepas menjalani apa yang disebut oleh Istana Kensington sebagai pembedahan untuk penyakit dalam perut bukan kanser.

Berita itu diumumkan selepas Raja Charles III juga menjalani rawatan penyakit kanser yang tidak didedahkan secara terperinci.

Pengumuman oleh Catherine mengundang gelombang simpati yang diketuai oleh Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak dan White House.

Putera Harry dan isteri, Meghan turut mengantar ucapan mengharapkan Catherine berada dalam keadaan kesihatan terbaik dan segera sembuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI