fbpx

Anwar kutuk serangan di Moscow, tiada kaitan dengan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam serangan keganasan di Moscow, Rusia yang menyebabkan sekurang-kurangnya 60 orang maut dan 145 mangsa cedera, semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, rakyat Malaysia bersimpati terhadap mangsa terlibat, ahli keluarga mereka dan rakyat Rusia diatas kejadian tersebut.

Kata Anwar, sebagai seorang muslim, beliau terpanggil untuk menegaskan bahawa kekejaman keji itu sama sekali tidak boleh dianggap mewakili Islam atau mana-mana agama.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, saya ingin menyampaikan rasa simpati dan ucapan takziah yang mendalam kepada mangsa, keluarga mereka, serta rakyat Rusia.

“Kita mesti berdiri teguh menentang kejahatan dan kejahatan seperti itu daripada dibiarkan mengalahkan ajaran-ajaran yang damai dan mulia.

“Malaysia sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan rakan-rakannya termasuk Rusia dalam perjuangan bersama menentang keganasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, keganasan yang mengerikan dan biadab tersebut tidak mempunyai tempat dalam dunia bertamadun.

Kata beliau, hakikat bahawa serangan itu berlaku di dewan konsert utama pusat budaya hampir pasti bertujuan untuk menyebabkan kerosakan maksimum.

Kedutaan Besar Malaysia di Moscow hari ini mengesahkan semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berdaftar di negara itu selamat susulan serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, pada Jumaat.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, rakyat dan pelajar Malaysia di Moscow dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan

Serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow itu menyebabkan sekurang-kurangnya 60 orang maut dan 145 mangsa cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI