fbpx

RM10 juta sumbangan tambahan kepada UNRWA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia bersetuju membuat sumbangan tambahan sebanyak RM10 juta kepada Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, kerajaan Malaysia telah menzahirkan sokongan kepada agensi tersebut dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM10 juta (USD2.1 juta) pada 17 November tahun lepas menggunakan dana Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Jelas kenyataan itu, ini merupakan sumbangan tambahan kepada USD200,000 setahun yang disalurkan Malaysia bagi tempoh lima tahun dari tahun 2021 hingga 2025.

“Malaysia kekal memberikan sokongan penuh kepada UNRWA, terutamanya apabila agensi tersebut menghadapi cabaran kewangan.

“Mengambil kira situasi semasa yang semakin meruncing, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membuat sumbangan tambahan sebanyak RM10 juta, sama seperti sumbangan pada 17 November lepas yang menjadikan sumbangan Malaysia kepada UNRWA sebanyak RM20 juta,” kata kenyataan itu tadi.

Tambah Wisma Putra, Malaysia turut mengalu-alukan pengumuman dibuat oleh empat negara iaitu Australia, Iceland, Kanada dan Sweden dalam mengenai penyambungan semula pembiayaan kewangan kepada UNRWA.

“Malaysia akan terus menyokong UNRWA dalam usahanya untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI