fbpx

Perlis kekal negeri terpanas suhu boleh cecah 40 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pesawah ketika melakukan kerja menampi padi di tengah panas di kawasan sawah padinya di Kampung Kok Klang, Chuping, Perlis baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) masih menjangkakan cuaca panas pada tahap dua iaitu amaran gelombang haba dengan suhu maksimum harian di antara 37 hingga 40 darjah Celsius di Perlis hari ini.

Menurut MetMalaysia, jangkaan cuaca panas ini dijangka akan berlarutan sepanjang tiga hari berturut-turut sehingga Ahad di keseluruhan negeri Perlis dengan ketiadaan taburan hujan yang dikesan setakat ini.

“Sementara itu, cuaca panas pada tahap satu iaitu amaran berjaga-jaga dengan suhu tidak melebihi 37 darjah Celsius juga dijangka di Kedah yang melibatkan Baling, Kuala Muda, Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik dan Pulau Langkawi.

“Keadaan cuaca panas yang sama dengan suhu di antara 35 hingga 37 darjah Celsius juga masih dijangka melanda negeri Perak yang melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, dan Kinta,” ujar MetMalaysia.

Walau bagaimanapun, MetMalaysia dalam kenyataannya juga berkata, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang juga masih berpotensi berlaku menjelang sebelah petang di Pantai Barat Semenanjung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI