fbpx

PM arah pantau harga makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya aspek penguatkuasaan dan pemantauan ditingkatkan susulan kenaikan harga makanan pasaran ketika ini.

Perdana Menteri berkata, beliau mengakui berlaku kenaikan harga makanan di pasaran dan ia dilihat membebankan rakyat sedangkan harga gula terkawal manakala, harga ayam pula sudah turun.

“Saya tidak nafikan, di lapangan kadang harga tinggi. Saya lihat ada rakan komen, harga beras turun, (harga) gula terkawal, harga ayam turun berbanding dua ke tiga tahun lalu, tapi harga makanan naik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, harga gula dan beras di Malaysia adalah paling murah di Asia Tenggara, namun situasi itu turut mengundang aktiviti penyeludupan.

“Ada masalah juga apabila harga murah kerana penyeludupan bertambah. Laporan dalam mesyuarat keselamatan baru-baru ini mendedahkan di Pulau Sebatik, satu pertiga (rakyat) Malaysia, dua pertiga (rakyat) Indonesia.

“Tapi keperluan minyak mentah, beras, gula, semuanya untuk satu pulau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI