fbpx

Kes pegawai kanan polis didakwa bunuh pelajar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Majistret Ipoh hari ini memerintahkan kes Mohd. Nazri (kiri) dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Mahkamah Majistret di sini hari ini, memerintahkan kes pegawai kanan polis yang didakwa membunuh pelajar lelaki tingkatan lima pada Disember lalu, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Majistret S. Punitha memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz untuk kes terhadap Mohd. Nazri Abdul Razak, 45, dipindahkan dan dibicarakan di mahkamah berkenaan.

Permohonan untuk memindahkan kes dibuat Afzainizam mengikut Seksyen 177A (1) Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun tarikh sebutan kes tersebut di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.

Selain Afzainizam, pihak pendakwaan turut diwakili Saiful Akmal Mod Said dan Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili peguam, Cindy Wong Xin Tian.

Turut hadir, peguam pemerhati bagi keluarga mangsa iaitu Datuk Zamri Idrus.

Dalam prosiding bagi sebutan semula kes hari ini, Mohd. Nazri yang memakai pelitup muka dan baju berpenutup kepala ‘hoodie’ dibawa masuk ke kamar Mahkamah Sesyen dengan tangan bergari pada pukul 9 pagi.

Pada 18 Disember lalu di mahkamah sama, tertuduh yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di dalam daerah Kinta antara pukul 12.05 hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI