fbpx

Bapa maut, anak cedera motosikal rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar kemalangan yang tular di laman sosial memaparkan kemalangan antara sebuah motosikal dan sebuah lori di Jalan Sungai Tua, Selayang, semalam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera ringan selepas motosikal yang dipandu merempuh sebuah lori di Jalan Sungai Tua, Selayang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 52 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala, anak perempuannya yang berusia 8 tahun mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Selayang.

“Pihak polis telah menerima laporan mengenai kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Tua, Selayang melibatkan sebuah lori dan sebuah motosikal kira-kira pukul 6.11 petang.

“Menurut pemandu lori, dia terdengar bunyi yang sangat kuat di bahagian belakang. Setelah memberhentikan kenderaan, pemandu tersebut mendapati ada sebuah motosikal tersangkut di bahagian bawah lori,” katanya.

Noor Ariffin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727 atau dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI