fbpx

Timbalan saya salah, GEG gugur bukan kerana pelobi – Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR – Dasar Generasi Penamat (GEG) yang digugurkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok dan Kesihatan Awam 2023 adalah disebabkan isu Perlembagaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan, kegagalan meneruskan peruntukan terbabit sama sekali bukan kerana pengaruh pelobi.

“Itu saya kira adalah salah, salah pada fakta dan salah pada ucapan (Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni) kerana saya semak perkara itu.

“Kita mahu GEG itu, namun ketika dibangkitkan kepada Peguam Negara, persoalan isu Perlembagaan telah menjadi besar, sebab itu kerajaan mengambil sikap tidak membawa GEG dalam akta tersebut.

“Ia tidak ada kena mengena dengan pelobi, tidak ada kena mengena dengan apa-apa pun yang dianggap dan ditanggap persepi di luar sana,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan kenyataan Lukanisman di Parlimen, minggu lalu.

Sebelum ini Lukanisman mendedahkan, terdapat pertemuan antara wakil industri yang didakwa mempengaruhi dan ‘melobi’ Ahli Parlimen sebelum perbahasan RUU berkenaan.

Mengulas soalan tambahan mengenai garis masa pelaksanaan peraturan baharu terhadap industri vape dan nikotin, Dr. Dzulkefly memberitahu, ia dijangka dilaksanakan pada Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI