fbpx

MotoGP: Ducati ikat khidmat Aldeguer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALDEGUER bakal mengemudi jentera Ducati dalam kelas perdana musim depan selepas mempamerkan prestasi terbaik sejak kebelakangan ini. - AFP

LONDON – Pelumba remaja Sepanyol, Fermin Aldeguer bakal menyertai pasukan Ducati pada musim 2025 untuk bersaing dalam kelas perdana Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Pelumba berusia 18 tahun itu ketika ini sedang bersaing dalam kelas Moto2 dan telah melakar empat kemenangan musim lalu dan menamatkan saingan di kedudukan ketiga keseluruhan.

Aksi terbaik itu menyebabkan pasukan Itali mengambil langkah awal dengan mengikat kontrak dua tahun dengan pilihan lanjutan dua tahun jika tampil hasil memukau.

Pengurus Besar Ducati, Luigi Dall’Igna mengesahkan perkara tersebut biarpun tidak mendedahkan pasukan mana Aldeguer akan sertai musim depan.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah mengikuti perjalanan prestasinya dan pada musim lalu Aldeguer mempamerkan aksi luar biasa.

“Dia (Aldeguer) masih muda dan mempunyai potensi untuk terus berkembang sekali gus kami akan memberinya semua sokongan teknikal untuk membantunya menjadi lebih baik pada masa akan datang,” kata Dall’Igna.

Sementara itu, Aldeguer teruja apabila dapat menyertai keluarga besar Ducati sekali gus melengkapkan cita-citanya zaman kanak-kanaknya untuk bersaing pasukan berpengalaman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI