fbpx

HONOR keluar dari bayangan Huawei, HONOR Magic6 Pro terbaharu punya magis tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONOR hari ini (kanan) telah melangkah jauh daripada sekadar menjadi sub jenama Huawei satu ketika dahulu.

PETALING JAYA – Honor Magic6 Pro, yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini digelar sebagai ‘Telefon Magic’ kerana empat ciri Magic utamanya: Kamera Magic, Skrin Magic, Bateri Magic dan AI (kecerdasan buatan) Magic.

Telefon ini berharga RM4,499. Tawaran istimewa early birds telah habis dijual sebelum pelancaran rasminya dan ramai rakyat Malaysia kini dilihat tidak sabar untuk mendapatkan HONOR Magic6 Pro.

Setelah bebas daripada Huawei pada 2020, banyak produk HONOR dikatakan hampir sama dengan produk Huawei pada peringkat permulaan, namun hari ini, HONOR mempunyai banyak teknologi yang dibangunkan sendiri dan telefon flagship terbaharunya, HONOR Magic6 Pro, menawarkan teknologi peneraju industri dalam pelbagai aspek.

Ini termasuk HONOR NanoCrystal Shield, yang sepuluh kali lebih tahan lasak daripada kaca biasa. Daripada video HONOR, boleh dilihat ia lebih tahan lasak daripada Corning Gorilla Glass.

Selain itu, Bateri Karbon Silikon 2.0, dengan kapasiti 5600mAh memastikan hayat bateri yang panjang dalam suhu rendah sambil mengekalkan badan yang langsing, menjadikannya bateri terbesar di kalangan telefon perdana arus perdana di pasaran.

Sementara Kamera Tele-falcon HONOR 180MP, menyediakan pengalaman fotografi yang inovatif.

Ketika jenama lain masih memfokuskan pada kejelasan dan sejauh mana telefon boleh mengambil gambar, HONOR memahami titik kesukaran pengguna dan merupakan yang pertama memperkenalkan Sistem Falcon Capture, membantu pengguna menangkap objek yang bergerak pantas dengan jelas.

HONOR Magic6 Pro mendapat foto kejelasan ultra tinggi walaupun selepas zum masuk.

Sampel gambar yang ditangkap menggunakan HONOR Magic6 Pro, dengan teknologi AI Motion.

Turut disediakan ialah Magic Portal, teknologi baharu yang dibangunkan berdasarkan AI pada peranti, menjadikan fungsi kompleks lebih mudah diakses hanya dalam satu langkah.

Bukan sahaja bekas pengguna Huawei sukakan HONOR, malah pengguna Android dan iOS lain juga mula menerimanya. Sebagai contoh, 28 peratus pengguna yang membeli Magic V2 semasa jualan pertamanya adalah pengguna iPhone.

Berteraskan pengguna

Selepas berdiri sendiri daripada Huawei, HONOR segera menubuhkan barisan pengeluaran dan pasukan penyelidikan dan pembangunan.

Ia juga menjalinkan semula kerjasama dengan rakan kongsi seperti Google, Microsoft, dan Qualcomm, serta menjalinkan hubungan kerjasama dengan pengendali dan pengedar telekomunikasi terbesar di Malaysia.

HONOR berkolaborasi dengan penyedia teknologi terkemuka bagi menyampaikan produk terbaik.

Dalam masa tiga tahun sahaja, HONOR telah membuka 70 kedai di Malaysia, dengan kedai terbaharu di TRX akan dibuka tidak lama lagi.

Pada tahun 2023, tiga telefon pintar HONOR berjaya memasuki Top 10 Google Trend di Malaysia, dengan HONOR X9b menduduki tempat kedua, hanya satu kedudukan di belakang iPhone 15.

HONOR berpegang kepada prinsip teras ‘consumer-centricity’ dan sentiasa melabu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hari ini, pekerja HONOR seramai 13,000 orang, 60 peratus daripadanya adalah kakitangan R&D. Pasukan R&D yang besar ini berfungsi sebagai enjin inovasi, memacu kemajuan teknologi HONOR.

Daripada pelancaran HONOR Magic4 Pro hingga ke HONOR Magic6 Pro, masing-masing telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Malaysia. Malah, HONOR Magic5 Pro mendapat tempat pertama dalam segmennya.

Pada mulanya, sesetengah pengguna memberikan maklum balas tentang pengoptimuman sistem yang tidak mencukupi bagi HONOR Magic4 Pro semasa pelancarannya di Malaysia. HONOR bertindak balas secara proaktif untuk menangani isu ini dengan dorongan kemas kini perisian.

Pada tahun berikutnya, selepas pelancaran HONOR Magic5 Pro, HONOR telah merekut ramai pengguna Beta untuk memberi pendapat mereka sebelum pelancaran, bagi mengoptimumkan sistem sebelum pelancaran produk, dan mengurangkan potensi masalah pengguna dengan ketara.

Hari ini, dengan HONOR Magic6 Pro, HONOR terus bekerjasama dengan komuniti fotografi di Malaysia untuk menguji algoritma pengoptimuman produk terlebih dahulu.

Tawaran istimewa untuk pra-tempah HONOR Magic6 Pro sehingga 27 Mac ini.

Deposit RM66, dapat hadiah percuma RM1,960

Untuk tempoh terhad bermula 20 hingga 27 Mac ini, rebut tawaran istimewa dengan membuat pra tempah dengan hanya membayar deposit RM66 untuk HONOR Magic6 Pro dan dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,960 termasuk:

#1: Rebat sebanyak lima kali ganda daripada jumlah deposit – Dapatkan rebat RM330 yang akan ditolak semasa membuat bayaran.

#2: Hadiah Bundle HONOR termasuk HONOR Watch 4 dan HONOR Earbuds X6, Jaminan Lanjutan Satu Tahun dan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari.

Ketahui lebih lanjut sekarang dan bayar deposit RM66 untuk mendapatkan hadiah ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI