fbpx

Kepala kanak-kanak tersekat dalam tin susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepala mangsa berjaya dikeluarkan daripada tin susu dengan bantuan lima anggota bomba. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi kepala seorang kanak-kanak tersekat di dalam tin susu sehingga memerlukan bantuan pasukan bomba, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Kejadian berlaku di Kramat Jati, wilayah Jakarta Timur semalam.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu dikatakan bermain sendirian dan memasukkan kepalanya ke dalam tin susu beberapa kali.

Pada suatu ketika, kepalanya tidak dapat dikeluarkan, menyebabkan keluarganya terpaksa meminta bantuan pasukan kecemasan.

Ketua Operasi Bahagian Kecil Gulkarmat Jakarta Timur, Gatot Sulaeman berkata: “Anggota kami sudah melakukan prosedur menyelamat setelah keluarga mangsa datang ke Balai Bomba Batu Ampar sekitar pukul 3.33 petang (waktu tempatan).”

Tambah Gatot, anggota bomba menggunakan alat pemotong khas bagi memotong tin susu itu sebelum kepala mangsa berjaya dikeluarkan tanpa mengalami kecederaan.

“Alhamdulillah, kami berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu dengan bantuan lima anggota,” ujar Gatot. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI