fbpx

Datuk Bandar KL dahului senarai penerima darjah kebesaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ kepada Kamarulzaman pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2024 di Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 33 individu bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara, hari ini.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi, turut berangkat sama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bagi menyempurnakan Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2024.

Mendahului senarai penerima darjah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) membawa gelaran Datuk Seri.

Pada istiadat itu juga, seramai lapan individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

“Senarai penerima didahului Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Dr. Ching Thoo Kim dan Pakar Perunding Kanan Pembedahan Vaskular dan Ketua Jabatan Pembedahan Am Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Hanif Hussein.

“Selain itu, Agong turut berkenan mengurniakan PMW kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Ramlee Yatim, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Datuk Dr. Alias Rameli dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Alauddeen Abdul Majid.

“Dalam istiadat yang sama, Seri Paduka Baginda juga mengurnaiakan PMW kepada Mantan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Rashidah Mohd Sies, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Abdul Hakim Amir Osman dan Pengerusi Eksekutif Institute of Strategic and International Studies, Prof. Datuk Dr. Mohd. Faiz Abdullah,” ujar kenyataan itu.

Dalam pada itu, Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Johan Mahkota Wilayah (JMW) kepada lapan individu, manakala lima individu menerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW).

“Lima lagi individu dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan seramai enam individu pula menerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW),” katanya.

Hadir sama pada majlis istiadat hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – KOSMO! ONLONE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI