fbpx

Pekerja kedai makan didakwa rogol kekasih bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD KHIDZIR dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar hari ini selepas dituduh merogol kekasihnya yang juga gadis bawah umur, 5 Mac lalu.-Foto ZARIFAH ZAHIRAH JUANIS

MUAR – Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur beramai-ramai, awal Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Khidzir Abu Seman, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suaibon.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Khidzir telah melakukan perbuatan keji tersebut di rumahnya pada pukul 6.30 petang, 5 Mac  lalu.

Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di Balai Polis Parit Jawa setiap bulan dengan syarat tambahan tidak menggangu mangsa sepanjang kes berlangsung.

Mahkamah turut menetapkan 3 April depan sebagai sebutan semula dan penyerahan dokumen.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tanpa paksaan kerana tertuduh dan mangsa yang berusia 15 tahun adalah pasangan kekasih yang telah lama menjalinkan hubungan.

Tertuduh telah direman pada 9 Mac yang lalu di rumahnya, selepas pengadu datang ke balai polis pada hari berikutnya untuk melaporkan pengadu telah dirogol, mangsa ini yang juga merupakan seorang gadis bawah umur.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI