fbpx

Menantu yang baik akan terus disayangi – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah bersama mentuanya, Yusof Haslam dan Patimah Ismail.

PETALING JAYA – Anak mereka sudah bercerai, namun hubungan baik pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail dengan menantu mereka, Puteri Sarah tetap akrab.

Bersempena Ramadan, dua keluarga terbabit tidak ketinggalan merapatkan ukhwah dengan berbuka puasa bersama-sama di sebuah hotel.

Momen penuh bermakna dikongsikan isteri kepada pengasas Skop Production itu dalam media sosial.

“Alhamdulillah silaturahim kami teruskan demi cucu-cucu tercinta bersama besan yang kami hormati,” tulisnya dalam keterangan gambar.

Turut menyertai perhimpunan keluarga itu adalah menantu kesayangan mereka yang juga bekas isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah serta dua anaknya.

Bahkan, dalam ruangan komen pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, turut
meluahkan kasih sayang kepada mentua yang sudah dianggap sebagai orang tua sendiri.

“Sayang mama dan papa.  Alhamdulillah contoh terbaik. Anak buat salah mak bapak tak sokong pun.

“Menantu yang baik akan terus disayangi. Bukti besan yang baik dan penuh kasih. Semoga dirahmati Allah selalu,” ujarnya.

Terdahulu, rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul yang dibina selama sembilan tahun berakhir pada Jun 2023 selepas beberapa bulan turun naik mahkamah.

Mereka berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.

Sementara, Syamsul pula kini berbahagia dengan isteri baharu yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI