fbpx

Kelar bayi: Ibu masih dalam pemantauan doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA yang disyaki membunuh anaknya sendiri dalam kejadian di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang, kelmarin masih lagi menjalani ujian kesihatan di Hospital Permai, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Ibu kandung bayi yang mati dikelar di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini kelmarin masih lagi dalam pemerhatian doktor di Hospital Permai di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, wanita berusia 32 tahun itu ditempatkan hospital tersebut sejurus ditahan bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

“Ya, suspek masih dalam pemerhatian doktor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Mohd. Sohaimi mengesahkan punca kematian kanak-kanak terbabit adalah disebabkan luka kesan kelar di bahagian leher.

Kosmo! semalam melaporkan seorang bayi berusia setahun enam bulan maut selepas disyaki dikelar ibu kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang.

Susulan itu, dalam kejadian 1.30 petang itu, wanita itu ditahan bagi membantu siasatan selepas dia sendiri menghantar gambar melalui kirim mesej menerusi WhatApps suaminya.

Wanita terbabit ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Permohonan reman ke atas suspek dikeluarkan Majistret Suhaila Sapuan di Hospital Permai di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI