fbpx

Kelar bayi: Ibu Mohd. Uwais ada rekod masalah kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN yang membawa jenazah kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan yang maut akibat dikelar keluar meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru pada pukul 3.30 petang, hari ini.

JOHOR BAHRU – Bayi lelaki berusia setahun enam bulan yang dilaporkan maut di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang semalam sah dikelar pada bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi berkata, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Uwais Mohd. Khairul itu maut di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan maut akibat dikelar di bahagian leher. Lokasi kejadian adalah di ruang tamu kediaman keluarga berkenaan.

“Selain itu, ibu mangsa yang juga merupakan suspek utama mempunyai rekod masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, pihaknya juga telah keterangan seorang jiran bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, mayat kanak-kanak tersebut telah dibawa pulang untuk dikebumikan ke kampung halamannya di Felda Redong, Segamat selepas selesai bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI).

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar memberitahu, pihaknya telah menahan ibu kandung mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu, semalam.

“Suspek yang berusia 32 tahun itu telah menghantar gambar kanak-kanak yang berlumuran darah di bahagian leher kepada suaminya melalui aplikasi WhatApps.

“Sehubungan itu, polis telah melakukan tangkapan terhadap wanita berkenaan. Polis turut menemukan sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI