fbpx

100 pelajar tahfiz, asnaf dirai pada program iftar Yayasan Pekema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Sazrudeen bergambar bersama sebahagian daripada penerima sumbangan pada Majlis Seribu Keberkatan dan Kerahmatan Iftar Yayasan Pekema di Masjid Muhammadi, Angkasapuri, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 pelajar tahfiz dan golongan asnaf dirai dalam satu majlis iftar dan sumbangan hari raya anjuran Yayasan Pekema (Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) di Masjid Muhammadi, Angkasapuri di sini hari ini.

Timbalan Presiden Pekema, Datuk Wan Sazrudeen Wan Zaid berkata, program terbabit merupakan acara tahunan dan ia adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan Pekema.

“Majlis Seribu Keberkatan dan Kerahmatan Iftar Yayasan Pekema yang dianjurkan ini khusus untuk membolehkan kami menyantuni anak-anak asnaf dan tahfiz yang dikasihi sekalian.

“Pekema telah mengambil pendekatan secara berterusan dengan menganjurkan program Ramadan seumpama ini pada setiap tahun.

“Usaha seperti ini adalah penting bagi mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan ukhuwah sesama kita sesuai dengan tuntutan Islam,” katanya pada majlis tersebut.

Malah kata Wan Sazrudeen, dengan sumbangan daripada Yayasan Pekema itu diharapkan ia dapat meringankan sedikit beban dan memberikan keceriaan kepada anak-anak ini ketika menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

Terdahulu, sumbangan hari raya termasuk beg sekolah itu telah diserahkan kepada 100 pelajar tahfiz dan asnaf yang terdiri daripada tiga buat pertubuhan.

Ia melibatkan Pertubuhan Kebaikan Baitul Hasan, Kuala Lumpur, Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum, Hulu Langat dan Maahad Tahfiz Al-Husni, Jeram, Kuala Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI