fbpx

[VIDEO] 2 lelaki buat kecoh, halang anggota penguat kuasa MBAS ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki yang didakwa menghalang tugas penguat kuasa MBAS di Dataran Medan Bandar, Alor Setar baru-baru ini.

ALOR SETAR – Polis menahan dua lelaki yang dipercayai mencetuskan kekecohan dan menghalang tugas anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Dataran Medan Bandar Alor Setar, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua-dua mereka yang merupakan peniaga berusia 33 dan 42 tahun itu ditahan petang, semalam.

“Pada pukul 11.38 malam Khamis lalu, pembantu penguat kuasa MBAS yang sedang bertugas membuat operasi sitaan peniaga di kawasan dataran berkenaan telah dihalang oleh dua individu terbabit.

“Mereka dipercayai telah mencetuskan kekecohan dan turut berlaku pergelutan sebelum dapat dileraikan,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung satu klip video berdurasi dua minit 23 saat yang memaparkan beberapa individu sedang bergaduh dan membuat provokasi terhadap beberapa anggota penguat kuasa MBAS di Dataran Medan Bandar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI