fbpx

Tragedi bot karam Batang Baleh: Mayat Konstabel Iskandar Ibrahim ditemukan terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota SAR mengangkat mayat Iskandar yang dijumpai terapung oleh orang awam kira-kira pukul 11.30 pagi tadi di kawasan Seputin iaitu pada jarak dua kilometer dari jarak lokasi kejadian.

KAPIT – Mayat terakhir mangsa bot karam di Sungai Batang Baleh berhampiran SK Lepong Balleh akhirnya ditemukan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat Konstabel Iskandar Ibrahim, 28, dijumpai terapung oleh orang awam kira-kira pukul 11.30 pagi tadi di kawasan Seputin iaitu pada jarak dua kilometer dari jarak lokasi kejadian.

“Pasukan SAR bergegas ke lokasi yang dilaporkan dan didapati benar terdapat mayat terapung di sungai.

“Hasil pengecaman pada pakaian didapati adalah mangsa terakhir insiden bot karam di SK Lepong Balleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, beliau berkata operasi SAR yang memasuki hari kesembilan diteruskan pada pukul 8 pagi tadi melibatkan pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pejabat Residen termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Kapit.

Dalam tragedi pada 7 Mac lalu, Iskandar bersama tiga lagi mangsa yang lain dilaporkan hilang selepas bot fiber yang dinaiki mereka bersama seorang lagi yang terselamat karam dalam perjalanan dari Kuching ke Nanga Tulie, Kapit untuk membawa bahan letupan seberat 35kg dan detonator.

Tiga mangsa terbabit ialah Sarjan Jonathan Lambet, 51, Amerson John Nain, 47, dan Jack Balan, 44, manakala mangsa yang terselamat dikenali sebagai Moses Ngui, 47.

Semasa kejadian, Iskandar dan Jonathan yang bertugas di IPD Kapit terlibat bagi mengiringi bahan letupan berkenaan untuk kegunaan meletup batu bagi pembinaan jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI