fbpx

Tidak suka jadi isteri sepenuh masa, punca pilih suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tidak suka menjadi isteri sepenuh masa merupakan antara salah satu daripapda lima sebab mengapa seorang wanita memilih untuk mendapatkan suami orang sebagai lelaki pilihan mereka.

Melalui satu perkongsian seorang wanita tersebut yang kini tular di laman sosial Facebook jelasnya, terdapat lima sebab kenapa dia memilih untuk bernikah dengan suami orang.

“Pertama, saya nak masa saya bersendirian, golek-golek atas katil, lapar saya ke dapur, dah kenyang saya tonton filem. Itu terapi paling baik yang tidak boleh dibayar semahal mana pun.

“Kedua, bila berjauhan dengan suami rasa teruja nak jumpa dia, rindu. Mungkin awal-awal rasa janggal berjauhan, tetapi ramai sahaja rakan yang berkahwin jarak jauh (PJJ),” tulis wanita tersebut.

Dalam pada itu sebab ketiga jelasnya, bagi wanita yang telah berusia, bagaimanapun susah untuk mencari lelaki bujang yang lebih tua daripadanya jika tidak suami orang.

“Tidak kira janda atau perawan, nak dapatkan pasangan lebih tua daripada kita susah, kalau yang baik selepas universiti mesti dah nikah. Sebelum umur 30 dah kahwin, jadi suami orang adalah pilihan tepat.

“Manakala sebab seterusnya adalah saya akan ada banyak masa dengan keluarga,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI