fbpx

Lapan warga asing dicekup tiada permit, tinggal lebih masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga asing yang dicekup semasa Ops Sapu/Belanja di sekitar Kota Bharu semalam. - Foto IHSAN JIM KELANTAN

KOTA BHARU – Seorang lelaki warganegara Hong Kong merupakan salah seorang daripada lapan warga asing yang dicekup kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit sah dan tinggal lebih masa di negara ini.

Kesemua warga asing itu ditahan dalam Ops Sapu/Belanja yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan bermula pukul 10 malam kelmarin sehingga 4 pagi semalam di sekitar daerah ini.

Pengarah JIM Kelantan, Mohd. Faizal Shamsudin berkata, warga asing yang berusia dalam lingkungan 30 tahun hingga 50 tahun itu terdiri daripada seorang lelaki Hong Kong, dua lelaki (Thailand), empat wanita (Thailand) dan seorang lelaki (Indonesia).

Menurutnya, mereka diberkas di beberapa premis di Bangunan Majlis Daerah Jalan Pasar, Jalan Che Su, Jalan Post Office Lama, beberapa buah rumah di Kampung Che Deris dan Kampung Pulau Gajah Tengah di sini.

“Siasatan mendapati, warga asing itu tidak memiliki sebarang pas atau permit sah dan tinggal lebih masa di negara ini.

“Kesemua warga asing yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebahagian warga asing yang dicekup semasa Ops Sapu/Belanja di sekitar Kota Bharu semalam. – Foto IHSAN JIM KELANTAN

Mohd. Faizal memberitahu, JIM Kelantan menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang pendatang asing tanpa izin (PATI) atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang mendalangi dan bersubahat dalam melindungi PATI.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1) akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI