fbpx

Jasmine Suraya jual aset sambung belajar di LA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Jasmine Suraya akan berlepas ke Amerika Syarikat pada malam ini.

PETALING JAYA – Pelakon Jasmine Suraya meluahkan rasa terkilan apabila gagal mendapatkan sokongan kerajaan Sarawak bagi mendapatkan dana melanjutkan pengajian di Lee Strasberg Theathre and Film Institue, Los Angeles (LA).

Meski sudah berkali-kali berusaha, Jasmine atau nama lengkapnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, tetap gagal mendapatkan dana untuk perbelanjaan yang perlu ditanggung sekitar RM300,000.

“Saya tidak dapat dana daripada kerajaan Sarawak walaupun sudah terbang ke sana berjumpa pihak berkaitan.

“Saya juga cuba menghubungi dan mesej mereka tetapi tidak dipedulikan. Saya kecewa sebab sudah hantar permohonan banyak kali.

“Agak terkilan, tiada masalah kalau tidak diberikan kepada saya tetapi bagaimana pula orang berbakat yang datang dari latar belakang tidak seberapa, tiada duit untuk pergi belajar,” katanya kepada Kosmo! Onlinr semasa majlis buka puasa bersama Mask Team, semalam.

Dia juga memaklumkan pernah menghubungi Yayasan Sarawak, Kementerian Pelancongan dan FINAS bagi memohon bantuan tetapi gagal kerana kesemua agensi mengutamakan dana ke arah lain.

Susulan itu, pelakon filem Paskal itu terpaksa menjual barangan peribadi termasuk kereta bagi menanggung pembiayaan sepanjang menghabiskan pengajian yang berbaki beberapa bulan lagi.

“Apabila mata wang negara turun, mahu ke sana memerlukan banyak duit kira-kira RM300,000 hingga RM400,000.

“Jadi, saya jual kereta dan barangan peribadi sebab banyak benda tiada nilai.

“Barangan yang ada harga, saya simpan manakala yang lain saya jual dan laburkan kepada perkara lebih baik,” jelasnya lagi.

Selain itu, Jasmine memaklumkan sebelum ini dia menangguhkan pengajian berikutan menerima tawaran berlakon di Indonesia.

Dia akan terbang ke United Kingdom malam ini bagi meneruskan pengajian di institusi berprestej terbabit.

“Esok malam (hari ini), saya akan berangkat ke London untuk bercuti selama dua minggu dan kemudian ke LA sebab kelas mula awal April.

“Sebelum ini saya tangguhkan pengajian kerana ada tawaran menarik di Indonesia. Awalnya saya tolak tetapi selepas bertemu pengarah dan tahu cerita lebih lanjut, sayang pula kalau tidak cuba.

“Apabila saya maklumkan pusat pengajian, mereka benarkan saya menangguhkan pengajian selama tiga hingga empat bulan,” tuturnya.

Sebelum ini, Jasmine akui teruja apabila terpilih menjadi aktres pertama Malaysia sekali gus Asia melanjutkan pengajian di Lee Strasberg Theatre and Film Institute LA.

Lebih membanggakan, beberapa bintang ternama Hollywood seperti Angelina Jolie, Chris Evans, Scarlett Johansson dan Lady Gaga juga merupakan alumni institut berkenaan. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI