fbpx

Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM10.79 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin menerima replika cek zakat perniagaan PKPS daripada Mohamad Khairil pada majlis tersebut. Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM10.79 juta daripada empat syarikat korporat, hari ini.

Menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan anak-anak syarikat diwakili Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ahmad Fariz Hasaan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM5.05 juta

“Ia diikuti Kumpulan Worldwide Holdings Berhad sebanyak RM2.82 juta, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) berjumlah RM1.91 juta dan Pertubuhan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pula RM1 juta,” katanya.

Penyerahan zakat perniagaan itu diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, lewat petang tadi.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menandatangani plak Jubli Mutiara sempena Sambutan Ulang tahun ke-30 penubuhan LZS selain menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf berjumlah RM215,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI