fbpx

KPM kaji kesesuaian sewakan kuarters guru kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kajian bagi menentukan kesesuaian kuarters guru yang tidak berpenghuni milik KPM di seluruh negara dibuka kepada sewaan awam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM malah telah menerima beberapa permohonan daripada agensi mahupun syarikat swasta yang berminat untuk menyewa kuarters guru awal tahun ini.

“KPM telah melantik perunding hartanah bagi tempoh Disember 2022 hingga 30 September 2023 untuk menjalankan kajian mengoptimumkan penggunaan kuarters guru tidak berpenghuni milik KPM di seluruh negara.

“Dapatan kajian perunding setelah mengambil kira penilaian faktor lokaliti dan Building Conditional Assessment (BCA), kuarters guru di Taman Seri Serdang, Kepala Batas sesuai ditukar fungsi dan dibuka kepada sewaan awam.

“KPM sedang dalam pertimbangan untuk menyewakan kuarters guru Seri Serdang berkenaan kepada agensi berkelayakan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) bilakah KPM bercadang untuk menjadikan kuarters guru boleh disewa kepada orang awam.

Fadhlina berkata, bagaimanapun pihaknya perlu membuat pertimbangan untuk menyewakan kuarters guru yang dikenal pasti terbabit.

Menurut beliau, kuarters guru Taman Sr Serdang, Kepala Batas terdiri daripada 280 unit rumah dan daripada jumlah tersebut hanya 45 unit sahaja yang mempunyai penghuni.

Jelas beliau, manakala yang selebihnya adalah 14 unit kuarters kosong yang boleh diduduki dan 221 kuarters kosong yang rosak dan tidak dapat diduduki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI