fbpx

Tak beradab, Ellie Suriaty sekolahkan Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon berpengalaman, Ellie Suriaty menyifatkan Ruhainies sebagai wanita tidak beradab kerana tergamak mengkhianati kawan baik sendiri.

PETALING JAYA – Terpanggil bersuara, pelakon Ellie Suriaty menyifatkan Ruhainies sebagai wanita tidak beradab kerana mengkhianati kawan baik sendiri iaitu Bella Astillah selepas ditangkap khalwat dengan suaminya, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah Sabtu lalu.

Ujar Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar, 54, Ruhanies tidak patut melakukan perkara sedemikian selain perlu berfikir panjang dalam setiap tindakan.

“Tidak manis, tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya, tapi bawa balik suami kawan baik itu ke rumah berkali-kali.

“Kawan baik itu langsung tidak tahu apa-apa. Itulah bentuk pengkhianatan dan kecurangan yang zalim daripada seorang kawan baik,” ujarnya menerusi ruangan komen dalam Instagram sebuah portal hiburan.

Tambah Ellie lagi, orang ramai tidak layak menuding jari dan meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas Bella kerana sering memberikan peluang kepada Aliff meskipun sudah dicurangi beberapa kali.

“Kasihan Bella, orang sana sini kecam dia sebab selalu bagi peluang pada suami walau dicurangi berkali-kali.

“Ini bukan sebab bodoh atau tak fikir waras, ini kerana seorang isteri yang sabar ada ganjaran pahalanya.

“Bella seorang isteri dan ibu yang baik serta bertanggungjawab. Biarlah dia buat keputusan sendiri dengan mengadu kepada Allah melalui solat hajat dan istikharah.

“Siapa pula kita orang nak menghentam dia sebab selalu ‘back up’ suami,” tulisnya panjang lebar.

Tidak habis di situ, bekas isteri kepada pelakon Azri Iskandar itu menerusi satu lagi komen berkata sebagai anak seni, perlu ada batas pergaulan sewaktu berlakon dan tidak berlebih-lebih sehingga menimbulkan perasaan tidak sepatutnya.

“Itu jenis kawan yang tiada perikemanusian, tiada hati perut. Sangat biadab perangainya muat naik video mesra luar biasa di lokasi penggambaran, ‘feeling-feeling’ dengan suami kawan baik.

“Selalunya kami yang bekerja dalam industri, jaga ruang dengan rakan pelakon terutama pelakon lelaki itu suami kepada kawan baik sendiri. Siapa pula yang ajar kena propa konon-konon nak kena ‘feel’ terlebih antara dua orang hero dan heroin?

“Yang ‘feel’ terlebih itu diri sendiri. Tuntutan watak boleh je panggil kau aku, tapi bila kamera ‘roll’, bukan personaliti diri kita yang take over the role. Kalau diri kita yang berperanan, maka watak itu tak menjadi. Yang jadi adalah layan cinta lokasi, tapi watak ke laut. Saya seorang guru lakonan,” ujarnya tegas.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies yang digandingkan dalam drama Terjerat ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Mereka yang ditahan di pejabat agama pada awal pagi bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan pada petang hari sama, sementara menanti pendakwaan di mahkamah syariah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Aliff dan Ruhainies mengeluarkan kenyataan serentak dalam akaun media sosial masing-masing meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI