fbpx

Tulang belakang, tangan belum ditemui – Kakak Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORISHAM (dua dari kiri) berpeguam pemerhati, Nur Aminahtul Mardiah dan Nurul Hafidzah meninjau lokasi tulang Bella ditemui di rumah sewa terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Bahagian tulang tangan dan tulang belakang milik Bella atau Mira Sharmila Samsudah masih belum ditemui sehingga kini.

Kakak Bella, Norisham berkata, pegawai penyiasat memaklumkan kepadanya serta keluarga bahawa kedua-dua tulang bahagian tangan serta tulang belakang masih belum ditemui dan usaha untuk mencari baki tulang arwah Bella akan dijalankan secepat mungkin.

“Cuma tulang belakang dan tangan belum ditemui. Saya dimaklumkan oleh polis bahawa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan diperoleh paling awal dalam tempoh tiga minggu.

“ Kalau boleh keputusan itu diperoleh sebelum Aidilfitri, itu yang kami harapkan,” katanya selepas melawat lokasi penemuan tulang bersama ahli keluarga dan juga peguam pemerhati, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan, di rumah sewa terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini, hari ini.

Pada 28 Februari, enam ketul tulang dilaporkan ditemui di belakang dan tepi rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, lokasi di mana rangka tidak sempurna Bella ditemui pada pagi 19 Disember lalu.

Perkara itu disahkan polis dan hasil pemeriksaan telah menjumpai dua ketul tulang dipercayai tulang bahagian peha, dua ketul tulang bahagian betis dan dua ketul tulang bahagian keting di lokasi tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI