fbpx

Isu warga China: Cukuplah, dakwaan tersasar sama sekali – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

KUALA LUMPUR – “Cukuplah, tersasar sama sekali. Tidak boleh dipertahankan berdasarkan fakta dan angka.”

Demikian ulas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung dakwaan seramai 1.2 juta warga asing dari China tinggal di negara ini secara tidak sah.

Beliau menafikan dakwaan Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) sewaktu ucapan penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari ini.

“Warga asing masih di Malaysia, siapa mereka? Mereka pemegang pas jangka panjang, mereka tinggal di sini tidak balik sampai pas mereka habis (tamat tempoh), boleh jadi tiga tahun atau lima tahun.

“Ada juga masuk dan terlebih tinggal (di Malaysia). Kita buka Program Rekalibrasi dan mereka daftar. Jumlah mereka lebih kurang satu juta. Pas jangka panjang lebih kurang 2.6 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution menjelaskan, pelbagai pas yang dipegang warga asing di negara ini antaranya Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Lawatan Sosial Suami Isteri kepada Warganegara, Pas Diplomat, Pas Pelajar, Pas Residen, Pas Penggajian dan Pas MM2H (Malaysia Rumah Kedua Ku).

“Selama mereka memegang pas ini, ada tempoh dibenarkan tinggal di sini. Jadi rekod mereka tak keluar.

“Kita boleh jelaskan secara jelas terhadap perkara ini untuk kita tidak ulang lagi berdasarkan fakta yang tersasar,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI