fbpx

Syarikat dibatal lesen bakal diumum lepas audit selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika menghadiri Program Jualan Rahmah di Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Sabah harini. - Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

PAPAR – Lesen syarikat pembungkusan semula minyak masak peket bakal dibatalkan sekiranya didapati terlibat dalam ketirisan membabitkan barangan subsidi berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali mendedahkan senarai keseluruhan syarikat yang dibatalkan lesen itu akan diumumkan secara selepas Mac ini.

“Masih terdapat beberapa negeri yang belum selesai melalui proses audit. Kita sedang melakukan audit membabitkan minyak masak peket ini sejak Oktober tahun lalu lagi.

“Saya yakin ia akan selesai sehingga penghujung Mac dan senarai syarikat yang dikesan melakukan ketirisan boleh diketahui selepas itu.

“Dalam masa sama, kementerian juga mahu melihat sejauh mana keberkesanan program ini kerana menurut kuota yang ada, sebanyak 60 juta peket minyak masak di pasaran pada kuota 60,000 tan metrik,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Jualan Rahmah di Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Sabah hari Ahad.

Beliau berkata, setakat ini sudah ada beberapa syarikat yang akan diumumkan untuk dibatalkan pelantikan serta-merta sebagai syarikat pembungkus semula minyak masak peket termasuk di Sabah.

Mengulas lanjut, Armizan menegaskan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus menambah baik sebarang aspek berkaitan pengedaran minyak masak peket agar ia sampai ke golongan sasar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI