fbpx

Mayat lelaki ditemui tersangkut di Sungai Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis membawa keluar mayat lelaki yang ditemui tersangkut di tiang paip, Sungai Klang, Subang Jaya, semalam.

SUBANG JAYA – Mayat lelaki tempatan ditemui dalam keadaan tertiarap di tiang paip, Sungai Klang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, maklumat tersebut diterimanya susulan orang awam menemui mayay tersebut sekitar pukul 9.01 pagi.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa tersangkut di tiang paip dalam keadaan tertiarap dalam air selain masih lengkap berpakaian tanpa kasut.

“Mangsa didapati merupakan lelaki tempatan, berbaju biru, seluar jean biru, tali pinggang hitam serta memakai jam tangan hitam di tangan kiri.

“Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada tubuh badan lelaki itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Azlan, hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan luka di dahi, luka abrasi (kulit bergesekan atau menggores permukaan kasar) di kedua-dua tangan dan lebam rusuk kiri serta lidahnya terjelir keluar.

“Tiada senjata dijumpai berdekatan tempat kejadian. setakat ini tiada unsur jenayah dikesan.

“Sehubungan itu, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR). Bedah siasat dijangka dijalankan di Hospital Serdang untuk kenal pasti punca kematiannya, hari ini” ujarnya.

Tegas Wan Azlan, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada pihak polis melalui no telefon 03-78627100 (pusat kawalan daerah Subang Jaya).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI