fbpx

Malaysia berada landasan tepat jadi 30 kuasa besar ekonomi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki (dua dari kiri) merasmikan pelancaran MyMudah peringkat Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA NERUS – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali percaya negara berada di landasan tepat menuju status negara maju dan berpendapatan tinggi dalam tempoh 10 tahun selari dengan aspirasi kerangka Ekonomi Madani.

Beliau berkata, pencapaian sasaran itu selaras dengan kedudukan Malaysia di mata dunia kini sekaligus membuktikan keberkesanan dasar dan tindakan strategik kepimpinan negara.

“Malaysia naik dari tangga 32 ke tangga 27 dalam ‘World Competitiveness Ranking’ manakala tangga ke-36 daripada 132 negara dalam Indeks Inovasi Global (GII) bagi tahun 2023.

“Kita berada pada landasan tepat dengan aspirasi kerangka Ekonomi Madani mahu Malaysia berada antara 30 negara kuasa besar ekonomi dunia serta 12 negara paling berdaya saing dalam tempoh 10 tahun,” katanya ketika merasmikan Persidangan MyMudah peringkat Terengganu di sini hari ini.

Mohd. Zuki berkata, skor keseluruhan negara dalam laporan GII telah meningkat 40.9 mata berbanding 38.7 mata pada tahun 2022.

Tambah beliau, tahap produktiviti pekerja juga meningkat daripada RM95,858 pada tahun 2022 kepada RM96,692 untuk tahun lalu.

“Bilangan tenaga kerja juga naik 2.5 peratus iaitu seramai 16.3 juta orang pada tahun 2023.

“Peningkatan tersebut menggambarkan tahap kestabilan pasaran tenaga kerja, perkembangan baik aktiviti ekonomi serta trajektori positif peluang pekerjaan negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI