fbpx

LZS agih RM31.8 juta untuk asnaf sambut Ramadan, Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fadhil (dua dari kiri) menyantuni salah seorang penerima di Kem Jati Bumi, Shah Alam, hari ini-Foto SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sejumlah RM31.8 juta kepada 68,311 asnaf fakir, miskin dan mualaf menjelang Ramadan dan Syawal kali ini.

Ketua Pegawai Operasi LZS, Ahmad Fadhil Hassan berkata, peruntukan itu membabitkan 23,578 ketua keluarga asnaf fakir dengan jumlah agihan zakat sebanyak RM11.6 juta.

“Selebihnya adalah 39,936 ketua keluarga asnaf miskin dengan RM18.5 juta dan RM1.7juta kepada 4,797 orang asnaf mualaf.

“Setiap penerima mendapat bantuan zakat di antara RM300 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan sesebuah keluarga,” katanya pada program simbolik Bantuan Ramadan dan Hari Raya LZS 2024 di Kem Bumi Jati, di sini, hari ini.

Menurutnya , Petaling menjadi daerah paling tinggi iaitu 3,045 penerima dengan peruntukan RM6.2 juta diikuti Klang sebanyak RM5.5 juta (12,018 penerima), Hulu Langat sebanyak RM4.7 juta (9,953 penerima).

Ujarnya, peruntukan RM3.4 juta bagi 7,354 penerima di Gombak; Kuala Selangor melibatkan agihan 3.2 juta (7,079 asnaf) serta Hulu Selangor dengan agihan zakat sebanyak RM2.6juta (5,636 penerima).

Selain itu, tiga daerah lain pula iaitu daerah Kuala Langat mencatatkan seramai 5,225 asnaf yang menerima agihan zakat sebanyak RM2.4 juta, Sabak Bernam sebanyak RM2.1 juta (4,977 penerima) manakala, Sepang mencatatkan jumlah agihan sebanyak RM1.5 juta (3,024 penerima).

“Bantuan akan disalurkan melalui tiga kaedah iaitu terus ke akaun penerima, baucar tunai dan secara tunai khusus bagi kes tertentu.

“Penerima yang layak akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor telefon yang didaftarkan dengan LZS atau membuat semakan di pautan ezo.zakatselangor.com.my atau terus menelefon LZS,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI