fbpx

Faizal tak jadi bersara, mahu kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL (tengah) kembali berminat mewakili skuad hoki kebangsaan walaupun sebelum ini menyatakan hasrat mahu bersara di peringkat antarabangsa.

PENYERANG sensasi skuad hoki kebangsaan, Faizal Saari bersedia untuk menyarung jersi negara semula biarpun ­sebelum ini memberi gambaran kariernya sudah hampir ke penghujung.

Bagaimanapun, penyerang berusia 33 tahun itu sedia menangguhkan hasrat tersebut kerana mahu terus menakbur bakti bersama skuad kebangsaan yang kini dikendalikan Sarjit Singh.

Antara faktor utama Faizal mahu terus terus bersama Speedy Tigers adalah disebabkan hubungan baiknya dengan Sarjit ketika mewakili Pasukan Hoki Terengganu (THT) dari 2014 hingga 2016.

“Saya ada berhubung de­ngan jurulatih (Sarjit) dan saya memang tak ada masalah. Saya rasa akan teruskan jika kudrat saya diperlukan.

“Sebelum ini Sarjit pernah menjadi jurulatih THT dari 2014 hingga 2016, tetapi untuk peringkat antarabangsa, saya belum pernah ada pengalaman dilatihnya. Saya harap nama saya akan terpilih mewakili Malaysia selepas ini.

“Memang saya ada bagi ­bayangan untuk bersara, tetapi bila Sarjit dilantik dan dia juga salah seorang jurulatih kegemaran saya, saya rasa masih perlu terus berjuang untuk Malaysia.

“Dia pernah letak kepercayaan yang tinggi kepada saya, jadi saya perlu buktikan kemampuan di atas padang,” katanya.

Konfederasi Hoki Malaysia sebelum ini mengumumkan perlantikan Sarjit sebagai ke­tua jurulatih baharu skuad hoki lelaki negara menggantikan tempat A. Arul Selvaraj dengan kontrak dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI