fbpx

Banjir kilat di Sumatera Barat, 21 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan dihanyutkan banjir kilat di tebing sebatang sungai di Pesisir Selatan semalam. - AFP

JAKARTA – Angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 21 orang, manakala enam lagi masih hilang.

Hujan lebat pada Khamis lalu telah mencetuskan bencana di daerah Pesisir Selatan, wilayah Sumatera Barat. Ia menyebabkan lebih 75,000 orang terpaksa berpindah.

“Sehingga Ahad (hari ini), 21 orang ditemui mati dan enam lagi masih hilang,” kata pegawai Agensi Mitigasi Bencana Sumatera, Sukma, kepada agensi berita AFP.

Tambah Sukma, sebuah kampung yang terletak di lereng bukit, dalam mukim Sutera terjejas teruk. Ia menyebabkan kira-kira 200 keluarga di kawasan berkenaan terputus hubungan.

Pihak berkuasa menumpukan operasi mencari dan menyelamat di tiga kawasan yang terjejas akibat bencana itu dan pencarian hari ini membabitkan seramai 150 orang daripada organisasi bencana di Sumatera Barat.

Pegawai Kanan Agensi Mitigasi Bencana Pesisir Selatan, Doni Gurizal berkata, air sudah mula surut, namun laluan di beberapa kawasan yang terjejas sukar digunakan kerana kawasannya berbukit-bukau. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI