fbpx

Struktur banglo 99 pintu rosak ditimpa kren produksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kren tumbang lalu menghempap banglo 99 pintu di Jalan Byram, Seberang Perai semalam.

SEBERANG PERAI – Sebahagian struktur banglo 99 pintu rosak selepas kren yang dipercayai digunakan sebuah produksi filem tumbang di sini, semalam.

Beberapa keping gambar tular di media sosial sejak semalam memaparkan keadaan rumah terbabit sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, H’ng Mooi Lye memaklumkan beliau hanya mengetahui akan kejadian terbabit selepas gambar berhubung insiden itu tular semalam.

“Saya hanya mengetahui kejadian ini apabila mendapat gambar insiden yang dikirimkan semalam.

“Syarikat produksi juga didapati tidak memaklumkan berkenaan tujuan mereka di sini termasuk mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan sebarang penggambaran,” katanya.

Rumah agam misteri itu yang dikenali sebagai Rumah 99 Pintu pernah terbakar kira-kira 70 peratus dalam kejadian kebakaran kira-kira empat tahun lalu.

Banglo dua tingkat didakwa dibina sekitar tahun 1800 itu mempunyai kisah mistik dalam kalangan penduduk tempatan dan dikaitkan milik seorang warga British yang mati dibunuh di rumah berkenaan.

Kediaman ini mendapat jolokan Rumah 99 Pintu kerana didakwa mempunyai pintu yang banyak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI