fbpx

Jutawan lebih gemar hidup seperti orang miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ben Burns - Foto THE MIRROR UK

NEW YORK –  Seorang lelaki jutawan mengaku kekayaan gagal mengubah dirinya dan dia beranggapan menjalani kehidupan seperti orang miskin adalah lebih  menyeronokkan, lapor akhbar The Mirror UK semalam.

Lelaki berkenaan, Ben Burns, 29,  berkata, wang hanyalah  ‘solekan’, manakala kehidupan orang kaya ibarat ‘indah khabar dari rupa’.

“Setiap orang yang mempunyai wang berjuta-juta tahu bahawa wang mendatangkan kegembiraan adalah konsep yang diada-adakan,” katanya.

“Menjadi kaya tidak sehebat yang anda fikirkan. Saya mempunyai wang berjuta tetapi menghabiskan 99 peratus masa saya di hadapan komputer. Tekanan adalah sebahagian daripada kehidupan saya,” kata Ben.

Ben yang merupakan pelabur mata wang kripto termasuk  Bitcoin, tidak begitu teruja dengan kekayaannya.

Kegembiraan sebenar buat Ben adalah apabila dia dapat minum Diet Coke, keahlian gimnasium dan mempunyai koleksi senjata api  yang besar. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI