fbpx

Usul pinda Perlembagaan hak kerakyatan dibawa ke Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di sini, hari ini.

SUBANG JAYA – Kerajaan akan membentangkan usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan wanita tempatan dengan lelaki warga asing di Parlimen, bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pindaan tersebut merangkumi isu takrifan dalam Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan bahawa ibu bapa itu hanyalah bapa.

Menurutnya, berikutan itu, pelbagai pihak termasuk kerajaan terpaksa bergelut sehingga bertahun-tahun lamanya untuk meluruskan perkara tersebut yang menimbulkan pertikaian.

“Kita bentangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan sukacita saya maklumkan bahawa istilah bapa yang diiktiraf dalam Perlembagaan itu dari segi hak anak-anak untuk menjadi warganegara akan digantikan kepada ibu bapa atau ibu atau bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau amat bersyukur kerana selepas puluhan tahun isu tersebut dibangkitakan akhirnya Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, pindaan tersebut akhirnya dapat dilaksanakan.

“Kita akan bentangkan pada bulan ini di Parlimen dan saya percaya akan mendapat dukungan semua Ahli Parlimen.

“Kalau masih (ada Ahli Parlimen) tak boleh terima kenyataan ini, saya fikir (mereka) tak layak jadi Ahli Parlimen. Jadi kita akan bentangkan perkataan bapa dalam Perlembagaan Persekutuan akan digantikan ibu bapa atau jika ibu bapa tidak sekali ibu atau bapa.

“Alhamdulillah, kita telah capai satu keputusan sangat bererti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI