fbpx

Pemilik restoran Thai diselamatkan, rampas wang tebusan RM277,886

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin.

GEORGE TOWN – Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang merupakan pemilik restoran makanan Thailand di sebuah lokasi di negeri ini semalam selepas mendakwa diculik sekumpulan lelaki warga tempatan dan China.

Selain itu, polis turut merampas wang tebusan yang diminta berjumlah RM277,886.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Khaw Kok Chin berkata, mangsa berusia 30 tahun itu ditemukan selamat tanpa sebarang kecederaan namun mengalami keletihan.

“Isteri mangsa membuat laporan petang semalam memaklumkan bahawa suaminya telah diculik dari rumah mereka di George Town.

“Berdasarkan maklumat yang diterima dan perancangan pasukan, polis memberkas empat lelaki iaitu tiga warga tempatan dan seorang warga China.

“Mereka direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, sebentar tadi.

Menurut beliau, pihaknya masih mencari tiga lagi individu bagi membantu siasatan kes itu termasuk dalang utama dipercayai warga China.

“Polis masih menyiasat motif kejadian. Kita tidak dapat mendedahkan butiran lanjut kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI