fbpx

Lapan premis pelacuran diserbu, 12 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pelanggan lelaki dan pelacur wanita yang ditahan dalam serbuan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Lapan wanita tempatan ditahan dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran dalam serbuan berasingan di lapan premis sekitar Jalan Petaling, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan pada 4 petang itu hasil maklumat risikan dan aduan orang awam.

“Hasil serbuan, polis menahan 12 individu terdiri daripada lapan wanita tempatan dan empat lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 49 tahun.

“Polis turut merampas 89 keping kondom, gel pelincir, buku catatan dan wang tunai RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Dellhan, kesemua individu ditahan reman empat hari bermula hari ini sehingga 11 Mac ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 373 kanun sama.

Jelas beliau, orang ramai menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan menyalahi undang-undang dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI