fbpx

Itu perjuangan! Erma Fatima ‘backup’ aksi umrah Hafiz Mahamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH Erma Fatimah mempertahankan tindakan usahawan Hafiz Mahamad yang dikecam baru-baru ini kerana berasak-asak mahu mencium Hajar Aswad adalah tindakan biasa ketika berada di Tanah Suci.

PETALING JAYA – Ketika ramai mempersoalkan tindakan pempengaruh media sosial Hafiz Mahamad berkongsi video berasak-asak mahu mencium Hajar Aswad, pelakon dan pengarah Erma Fatima tampil mempertahankan usahawan terbabit.

Kata pemilik nama sebenar Fatimah Rahmad Ali, 55, tindakan ahli perniagaan itu membantu ahli rombongannya meredah ke penjuru Kaabah bagi mendapatkan peluang melakukan perkara sunat itu adalah situasi sebenar yang turut dilaluinya sebelum ini.

“Inilah hakikat yang harus dilalui kalau kita nak cium Hajar Aswad, itu kebenarannya. Tak usaha memang takkan dapat. Aku percaya dia tak berniat buat konten kerana aku pun pernah lalui situasi itu.

“Aku sanggup redah semata-mata nak bagi kawan-kawan yang tak pernah dapat cium Hajar Aswad. Memang bukan wajib tetapi nikmat dapat cium sesuatu yang pergi saja nak rasa, cuma tahap kesanggupan redah itu bergantung pada diri masing-masing,” tulisnya dalam perkongsian media sosial.

Malah pengarah drama Mak Cun itu berkata, hanya Allah sahaja yang tahu perbuatan serta niat sebenar Hafiz, selain menyifatkan usahawan itu berjaya memberikan rakan-rakannya merasai nikmat tersebut.

“Allah tahu niat dia untuk bagi semua sahabatnya merasa nikmat itu, mungkin hanya orang yang pernah berada di situ akan faham kenapa dan mengapa.

“Walaupun dia seorang pempengaruh, saat itu dia lakukan bukan kerana dia pempengaruh tetapi satu perjuangan. Aku pernah buat perkara itu dan aku panggil perjuangan.

“Itu juga adalah gerak gempur. Tak apa Hafiz, kau berjaya memberi sahabat-sahabatmu menikmati rasa itu,” luahnya lagi dalam perkongsian tersebut.

Terdahulu video berdurasi lebih dua minit yang tular itu memaparkan Hafiz terpaksa menolak dan menjerit kepada jemaah lain untuk memberi laluan kepada beberapa jemaah wanita yang dibawa bersamanya untuk mencium batu Hajar Aswad.

Dalam keadaan berasak-asak, ada dalam kalangan petugas syarikatnya itu hampir sesak nafas, bahkan ihram dikenakan juga nyaris terlucut sehingga me dedahkan sebahagian tubuh.

Susulan itu, ramai mengecam tindakan lelaki terbabit yang didakwa berbuat demikian semata-mata untuk mengejar konten.

Begitupun, rata-rata netizen meminta Erma memahami dulu teguran bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri berkaitan ibadah umrah yang seolah-olah dijadikan pelancongan kerohanian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI