fbpx

Tukang gunting rambut mengaku salah menagih syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murugan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini. -Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Seorang tukang gunting yang sebelum ini ditangkap kerana membunuh ibu kandung yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) didakwa atas pertuduhan penagihan dadah di Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh, Murugan Moorthy, 33, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Rosnan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa terlibat dalam memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya yang dikesan menerusi ujian air kencing di pejabat narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pukul 2.30 petang pada 28 Februari lalu.

Justeru dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda RM5,000 serta menjalani perintah pengawasan oleh polis sehingga tiga tahun seperti ditetapkan mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian mencadangkan agar tiada jaminan diberikan kepada tertuduh susulan terdapat kes yang disabitkan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak pendakwaan memohon tarikh baharu bagi penyerahan laporan patologi,” katanya.

Murugan tidak diwakili peguam pada prosiding tersebut.

Mahkamah membenarkan cadangan pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 15 Mei depan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang tukang gunting rambut bertindak di luar kawalan apabila mengamuk sebelum membunuh ibu kandungnya selepas berlaku perselisihan faham antara mereka di rumah mereka di Kampung Jawa, Klang di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, mangsa yang berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipukul dengan menggunakan tukul besi dan kasut keselamatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim bagaimanapun memaklumkan tiada pertuduhan dikenakan tertuduh susulan punca kematian mangsa akibat serangan jantung.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI