fbpx

F1: Mercedes ikrar bangkit di Jeddah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA W15 Mercedes mengalami masalah sistem penyejukan pada saingan di Bahrain sekali gus mengganggu rentak mereka. - AFP

JEDDAH – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff yakin pasukannya akan bangkit menunjukkan potensi sebenar jentera mereka pada Grand Prix (GP) Arab Saudi hujung minggu ini.

Mercedes dilihat bergelut untuk menampilkan aksi terbaik mereka selepas sekadar menduduki tempat kelima dan ketujuh pada aksi pembuka tirai Formula Satu (F1) di Bahrain minggu lalu.

Masalah unit kuasa pada jentera W15 yang terlalu panas menyebabkan Mercedes ketinggalan beberapa saat sekali gus menyukarkan pasukan itu mengejar Ferrari mahupun Red Bull yang menjuarai kemenangan 1-2.

“Perlumbaan kami di Bahrain boleh digambarkan sebagai kurang memberangsangkan. Kami mengharapkan persembahan yang lebih baik selepas menampilkan prestasi positif dalam latihan dan juga sesi kelayakan.

“Kedua-dua pemandu kami berpuas hati dengan sesi ujian awal pada hujung minggu lalu terutama platform pada jentera W15 yang lebih stabil.

“Malangnya pada petang Sabtu, kami berdepan masalah pada sistem penyejukan sekali gus ia menyebabkan berlaku kekurangan tekanan pada suhu tayar untuk kekal di bawah tahap optimum.

“Itu menyebabkan kami kehilangan peluang untuk menunjukkan sesuatu yang lebih baik dengan potensi sebenar kami. Apapun, kami ambil masalah itu sebagai pengajaran terbaik pada perlumbaan akan datang,” kata Wolff.

Dalam pada itu, Wolff yakin Litar Jeddah mampu membantu mereka untuk bangkit kerana jentera W15 sesuai dengan reka bentuk litar jalanan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI