fbpx

DUN Selangor: Tindakan kepada agensi Selangor guna polisterin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Tindakan akan dikenakan kepada mana-mana agensi kerajaan negeri yang menggunakan polisterin sebagai beg makanan dalam acara mereka.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, ini berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Keselamatan Negeri (MMKN) sebelum ini yang harus dilaksanakan di kalangan penjawat dan agensi kerajaan negeri.

“Oleh itu, sekiranya ada apa-apa terutamanya program datang daripada agensi kerajaan sendiri yang masih menggunakan barangan seperti polestrin harap boleh dimaklumkan supaya boleh diambil tindakan susulan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Chua Wei Kit (PH – Rawang) sama ada dasar MMKN terhadap penggunaan polisterin di kalangan agensi dan penjawat awam susulan perkara itu masih berlaku ketika ini.

Jamaliah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama menjelaskan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi mengurangkan penggunaan polistirena.

Antaranya dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran alam sekitar dengan menggalakkan penggunaan untuk membawa sendiri bekas makanan dan minuman sendiri.

“Selain itu, menjadikan bekas makanan dan minuman dan beg guna semula sebagai salah satu pemberian sumbangan semasa program atau acara bersama komuniti.

“Penganjuran program membawa bekas makanan sendiri di bazar -bazar ramadhan dan pasar malam dengan memberikan insentif berbentuk kupon kepada pengguna yang menyertai program tersebut. Hal ini selari dengan Kempen Sifar Plastik menjelang tahun 2030,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI