fbpx

Dewan Rakyat kecoh isu PM bukan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh berhubung isu bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini terganggu sekejap ekoran pertikaman lidah antara Ahli Parlimen berhubung isu bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri.

Kekecohan bermula selepas Datuk Seri Takiyuddin Hasan (PN-Kota Bharu) membangkitkan mengenai pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pernah menyatakan bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri.

“Beliau turut menyebut, tidak ada sekatan dalam Perlembagaan (Negara) untuk bukan Melayu (dilantik) jadi Perdana Menteri,” katanya ketika membahaskan usul junjung kasih kepada Titah Diraja.

RSN Rayer (PH-Jelutong) bagaimanapun bangun mempertahankan kenyataan bekas Pengerusi DAP itu sebagai berasas daripada sudut undang-undang.

Menurut beliau, sejarah pada 3 ogos 1973 menyaksikan mendiang VT Sambanthan pernah menjawat jawatan Perdana Menteri sementara selama sehari.

“Ini adalah sejarah. Saya minta (Ahli Parlimen) Kota Bharu tidak kelirukan Dewan Rakyat. Tolong jangan buat kenyataan tidak benar. Kamu peguam perlu tahu fakta,” katanya.

Keadaan terus kecoh apabila Takiyuddin membangkitkan pula tentang Datuk Ngeh Koo Ham pernah (PH-Beruas) mencadangkan pakar perlembagaan bukan Islam turut dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Chong Zhemin (PH-Kampar) bangun meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengambil tindakan kepada Takiyuddin yang didakwa cuba mengelirukan Dewan Rakyat memandangkan Koo Ham telah menarik balik kenyataannya itu.

Johari bagaimanapun, membuat keputusan bagi meredakan keadaan yang mana kenyataan oleh Takiyuddin merupakan satu soalan dan tidak bertujuan mengelirukan Dewan Rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI