fbpx

16 projek dikategori sebagai ‘projek sakit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan (dua dari kiri) pada sidang akhbar selepas meninjau projek menaik taraf dan pemuliharaan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Kementerian Kerja Raya telah mengenal pasti 16 projek sakit daripada 746 projek di seluruh negara, ketika ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek-projek yang dikategorikan sebagai projek sakit itu berpunca daripada pembinaannya yang terlewat 60 hari atau lewat 20 peratus dari jadual.

”Keseluruhan projek yang sedang dalam pembinaan di seluruh negara ada 746 projek, ada 16 projek iaitu hanya 2.14 peratus dikategori sebagai projek sakit oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Projek-projek sakit ini berteraburan di seluruh negara, ada dua projek di Sabah, projek sakit ini merangkumi pelbagai projek antaranya pembinaan bangunan, cerun, jalan raya, jambatan dan sebagainya.

”Sebelum ini projek pembesaran Hospital Seberang Jaya dikategorikan sebagai salah satu projek sakit bulan lalu, namun kita berikan lanjutan tempoh (kepada kontraktor), jadi ia bukan lagi projek sakit ,” katanya selepas meninjau projek menaik taraf dan pemuliharaan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, projek-projek sakit itu berpunca daripada pelbagai faktor antaranya ialah masalah kewangan kontraktor, masalah sub-kontraktor, Covid-19, kekurangan bahan berkaitan dan sebagainya.

”Banyak sebab yang menjadi punca projek sakit, namun sebab utama ialah masalah kewangan kontraktor. Kita tidak mahu ‘highlight’ sangat projek yang sakit ini sebab banyak projek seliaan JKR yang berjaya dilaksanakan seperti projek menaik taraf Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini.

“Malah, JKR juga melaksanakan projek dengan cemerlang dengan pengurusan tender juga dibuat secara betul,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI