fbpx

Semakin ramai pasangan Kedah mohon bercerai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimaton Shaadiah pada Persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Permohonan perceraian melibatkan pasangan Islam di negeri ini meningkat dengan 3,198 kes tahun lalu berbanding 2,974 kes pada tahun 2022 dan 1,832 kes pada 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, keseluruhan kes perceraian di Mahkamah Syariah adalah sebanyak 5,641 kes tahun lepas berbanding 5,817 kes pada tahun sebelumnya.

“Selain itu kes tuntutan pengesahan cerai fasakh juga meningkat daripada 299 kepada 304 kes.

“Kes-kes lain melibatkan pengesahan talak di luar atau tanpa kebenaran mahkamah sebanyak 1,804 kes, tuntutan pengesahan cerai sebanyak 311 kes pada tahun ini,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan bertulis daripada Abdul Ghafar Saad (PN-Guar Chempedak) yang mengemukakan soalan berapakah jumlah perceraian di negeri ini setiap tahun dan jumlah kes tuntutan terhadap lelaki yang gagal memberi nafkah kepada isteri dan anak.

Katanya, selain itu kes tuntutan terhadap lelaki culas membayar nafkah isteri di Mahkamah Syariah negeri ini turut meningkat hampir 50 peratus pada tahun ini dengan 43 kes berbanding 29 kes pada tahun lepas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI