fbpx

Lelaki makan 34,000 Big Mac sejak 1972

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gorske mula menerima pengiktirafan Guinness World Records pada 1999. - Guinness World Records

MADISON, WISCONSIN – Seorang lelaki di negeri Wisconsin melanjutkan rekod dunia Guinness World Records yang dia pertahankan sejak berpuluh-puluh  tahun lalu apabila memakan lebih 34,000 burger Big Mac sepanjang hidupnya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Don Gorske yang menyambut hari jadi ke-70 baru-baru ini mempunyai tabiat makan sembilan Big Mac setiap hari. Namun kini, kuantiti itu dikurangkan kepada dua sahaja.

“Ramai orang menjangkakan saya sepatutnya sudah mati. Namun sebaliknya, saya menjadi salah seorang daripada pemegang Guinness World Records paling lama di dunia,” katanya.

Pesara pegawai penjara itu berkata, dia menggemari burger tersebut pada 17 Mei 1972 selepas kali pertama mencubanya.

“Sejak itu saya berkata, saya mungkin akan makan burger ini sehingga ke hujung nyawa. Saya sememangnya merancang untuk makan Big Mac sehingga ke akhir usia dan tidak berhasrat untuk menukar tabiat tersebut,” ujarnya.

Gorske menerima pengiktirafan Guinness World Records pada 1999 meskipun dia dikenali ramai sejak 1986 disebabkan tabiatnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI