fbpx

Mohd. Fared antara 4 suspek kes ugut, pukul diburu polis Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fared

KOTA BHARU – Polis memburu empat suspek yang merupakan orang dikehendaki atas kesalahan-kesalahan jenayah bersabit kes pukul, ugut, mendatang kecederaan dan pecah rumah yang dilakukan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, Mohd. Fared Abdul Ghani, 56, yang merupakan Presiden Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia menjadi suspek pertama yang dikehendaki bersabit kes pukul dan ugut yang disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek kedua merupakan Mohd. Izani Ibrahim,42, yang melakukan jenayah mencederakan menggunakan senjata bersabit kes Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Mohd. Haziman Hikamarhakimi, 37, pula dikehendaki atas kes mendatangkan kecederaan parah dan melakukan ugutan jenayah yang disiasat mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan.

“Suspek keempat ialah Wan Sharilazry Wan Mohd. Sukry, 35, yang dikehendaki bersabit Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu kes pecah rumah,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mohd. Rosdi memberitahu, polis menyeru orang ramai agar dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berbubung kesemua suspek terbabit.

Menurutnya, orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Asisten Superintendan Jamaluddin Shah Jawan di talian 019-500 0176 atau 09-7752200 atau di balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Mohd. Izani
Mohd. Haziman
Wan Sharilazry
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI