fbpx

Remaja lelaki melecur gerai terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah gerai di Taman Desa Puteri Bahau, di sini, terbakar dalam kejadian pagi tadi. -IHSAN BOMBA

JEMPOL – Seorang remaja lelaki melecur di tangan kanan apabila sebuah gerai di Taman Desa Puteri Bahau, di sini, terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahau diketuai PBK 1, Ramelan Ribut dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 7.12 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba memang benar terdapat kebakaran melibatkan gerai makan membabitkan bangunan tidak kekal.

“Difahamkan, terdapat seorang mangsa lelaki berusia 18 tahun melecur di tangan kanan dan telah di bawa ke hospital oleh orang awam. Dalam kebakaran ini, pasukan bomba dari BBP Seri Jempol turut menghulurkan bantuan.

“Api berjaya dikawal pada pukul 7.33 pagi dan kebakaran dianggarkan sebanyak 80 peratus. Punca serta jumlah kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI