fbpx

Praperkahwinan Anant Ambani dihadiri 1,200 selebriti dan individu terkaya dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anant Ambani (kanan) dan Radhika Merchant (kiri). – AFP

NEW DELHI – Sejumlah individu paling berpengaruh di dunia menghadiri majlis praperkahwinan anak kepada lelaki terkaya di Asia, Mukesh Ambani, yang berlangsung selama tiga hari, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Acara gilang-gemilang bermula Jumaat lalu itu berlangsung di bandar Jamnagar.

Kira-kira 1,200 tetamu menghadiri parti tersebut, antaranya ialah bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachan.

Sebilangan individu terkaya dunia yang hadir ke majlis itu termasuk bilionair India, Gautam Adani; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Bill Gates; CEO Meta, Mark Zuckerberg dan CEO Disney, Bob Iger.

Penyanyi pop terkenal, Rihanna turut hadir bagi membuat persembahan.

Ambani, 66, ketika ini merupakan individu ke-10 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$115 bilion (RM545.5 bilion), demikian menurut majalah Forbes.

Anak lelaki Ambani, Anant Ambani, 28, dijadual mengahwini tunangnya, Radhika Merchant pada Julai ini.

Reliance Industries, yang diasaskan oleh bapa Ambani pada tahun 1966, ialah sebuah konglomerat yang beroperasi dalam sektor penapisan, peruncitan, perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI