fbpx

Malaysia negara ke-4 paling banyak pencakar langit di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia merupakan negara keempat yang mempunyai pencakar langit terbanyak di dunia selepas China, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut laporan Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH), Malaysia memiliki 293 bangunan berketinggian 150 meter (m) ke atas, 67 buah bangunan (200 m ke atas) dan 6 bangunan (300 m ke atas).

Antara pencakar langit yang ikonik di Malaysia ialah Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Menara Exchange 106 dan Menara Merdeka 118.

Berdasarkan laporan itu, China muncul sebagai negara paling banyak bangunan tinggi dengan 3,284 bangunan berketinggian 150 m ke atas diikuti Amerika Syarikat (894 bangunan) dan UAE (336 bangunan).

Dalam pada itu, Malaysia terus unggul di peringkat Asia Tenggara manakala Indonesia dan Thailand masing-masing berada di tangga ke-9 dan 10 sementara Singapura di tempat ke-13.

Bagi negara paling sedikit mempunyai pencakar langit adalah Ukraine, Uruguay dan Uzbekistan yang mana-mana masing-masing hanya memiliki satu bangunan berketinggian 150 m ke atas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI